Program Basmi Kemiskinan


Program Usahawan Bistari MARA-AYAMAS merupakan gabungan kerjasama MARA dan Syarikat Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd. untuk menyumbang kepada peningkatan taraf ekonomi dan pembasmian kemiskinan Bumiputera.Seramai 370 peserta daripada tujuh negeri (Perak, Pahang, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak) yang dipilih daripada senarai e-Kasih layak menerima geran bantuan berjumlah RM3,000.00 untuk menjana pendapatan melalui perniagaan berasaskan produk Ayamas. 



Majlis Pelancaran Program telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)  pada 11 Julai 2011 bertempat di Seri Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific. Turut hadir sama YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad (Ketua Pengarah MARA), Tuan Haji Kamaruzzaman bin Abu Kassim (Presiden/Ketua Eksekutif Johor Corporation) dan Tuan Haji Jamaludin bin Md. Ali (Pengarah Urusan KFC Holdings (M) Berhad).

Bagi pihak Pejabat MARA Daerah Larut/Matang & Selama,terdapat beberapa penyertaan daripada pemohon yang tersenarai didalam senarai e-Kasih.Antaranya ialah :

Peserta Usahawan Bistari Ayamas : 

1. Haslina Binti Ismail
2. Zaiton Binti Abu Bakar
3. Selasiah Binti Asri
4. Sabariah Binti Mansor
5. Hamedah Binti Mohamad Nazeer
6. Mastura Anis Binti Abdul Wahab








Peserta Usahawan OLALA Sdn Bhd :

1. Faezah Binti Ramli
2. Rohana Binti Ramli
3. Hasnulkifli Bin Abd Talib
4. Mohamad Irwan Shah Bin Md Nasir









1 comment: