Wednesday 1 August 2012

Bazar Ramadhan Arked MARA Taiping 2012




Aktiviti Bazar Ramadhan Arked MARA Taiping merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Penyewa Arked MARA Taiping dengan kerjasama Pejabat MARA Daerah Larut/Matang & Selama.Program ini bermula pada 21 Julai 2012 dan dijangka akan berakhir pada 18 Ogos 2012. Seramai 15 peniaga mengambil bahagian dalam program ini dengan pelbagai barangan dan produk yang dijual.




Antaranya ialah baju melayu,baju kurung,t-shirt dan lain-lain.Tidak ketinggalan kuih raya turut dijual di Bazar Ramadhan kali ini. Orang ramai dijemput hadir terutamanya warga Taiping untuk memeriahkan lagi suasana Bazar Ramadhan ini disamping membeli belah keperluan Aidilfitiri yang bakal menjelang tidak lama lagi.






No comments:

Post a Comment