Friday 13 December 2013

Cadangan Kursus Keusahawanan MARA Daerah Larut,Matang & Selama.

Cadangan Kursus Keusahawanan Yang Akan Dilaksanakan MARA Daerah LMS Bagi Tahun 2014

BIL
NAMA KURSUS
YURAN KOMITMEN
TARIKH

1

SEMINAR KESEDARAN HALAL DALAM PERNIAGAAN


150 orang 
RM 50.00

18 Mac 2014

2

EFFECTIVE COMMUNICATION & NEGOTIATION SKILL


20 orang 
RM 100.00

11hb - 13hb
April 2014

3

PENGURUSAN TUNAI BERKESAN UNTUK INDUSTRI IKS


20 orang 
RM 100.00

20hb -  22hb
Mei 2014


4

i-PENGURUSAN KEWANGAN BERLANDASKAN ZAKAT PERNIAGAAN, CUKAI & GST (Pematuhan Syariah)



20 orang
RM 100.00

16hb - 19hb
Jun 2014

5

SPA MANAGEMENT

20 orang
RM 100.00


8hb - 10hb
Sept 2014













* Tertakluk kepada perubahan

* Jika kursus yang hendak dimohon tetapi tiada dalam senarai diatas,
sila nyatakan jenis kursus yang diperlukan oleh pihak tuan/puan.

Usahawan yang berminat untuk menyertai Kursus - Kursus Keusahawanan anjuran MARA hendaklah mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di Pejabat MARA Daerah LMS dan kembalikan  kepada Pejabat MARA Daerah Larut/Matang & Selama.

Untuk Maklumat Lanjut, hubungi :-

Pejabat MARA Daerah Larut/Matang & Selama
Lot 3B & 5B Kedai Taiping Business Centre
Lorong Tupai 34000 Taiping Perak.
Tel : 05-8091620 / 8091621. Faks : 05-8091622
Email : marataiping@yahoo.com

Sekian,

#admin


Tuesday 4 December 2012

Perpindahan Pejabat MARA Daerah LMS

Dimaklumkan bahawa Pejabat MARA Daerah Larut/Matang & Selama telah berpindah ke lokasi yang baru yang beralamat di :

Lot 3B & 5B, Kedai Taiping Business Centre,
Lorong Tupai, 34000 Taiping Perak.
Tel   : 05-8091620 / 05-8091621
Faks : 05-8091622





Wednesday 3 October 2012

Jamuan Perpisahan Pelajar Latihan Industri

2 Pelajar Latihan Industri telah menamatkan latihan industri mereka pada 21 September 2012 yang lalu. Mereka berdua telah menjalani latihan selama 4 bulan di Pejabat MARA Daerah Larut/Matang & Selama. Berikut dilampirkan beberapa gambar sempena majlis perpisahan mereka berdua.












Friday 14 September 2012

Jamuan Aidilfitri Pejabat MARA Daerah LMS


        Jamuan Aidilfitri Pejabat MARA Daerah Larut/Matang & Selama telah diadakan pada 13 September 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat MARA Daerah LMS. Program ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Penyewa Arked MARA Taiping.Majlis ini bermula jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.Penyewa-penyewa premis MARA diseluruh Daerah LMS hadir bagi memeriahkan majlis ini dan terdapat juga kehadiran jemputan luar.

















Friday 7 September 2012

PROGRAM ENGAGEMENT MARA BERSAMA PENERIMA & BAKAL PENERIMA KEMUDAHAN MARA SIRI 2 ANJURAN MARA PERAK

      


Program Engagement MARA Bersama Penerima & Bakal Penerima Kemudahan MARA ini diadakan pada 6 September 2012 bertempat di Hotel Taiping Perdana,Taiping Perak. Ia melibatkan 5 buah Daerah iaitu Larut/Matang & Selama, Kuala Kangsar, Kerian, Lenggong & Gerik. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan produk-produk serta perkhidmatan terbaru yang disediakan oleh pihak MARA khususnya didalam bidang pembiayaan dan keusahawanan.Seramai hampir 200 orang usahawan dan bakal usahawan menyertai program ini yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2.30 petang.