Keusahawanan

Kursus Solekan & Terapi Kecantikan

Tarikh : 21 & 22 Nov 2012
Masa : 08.00 pg - 05.00 petang
Tempat : Hotel Seri Warisan, Taiping Perak.
Perunding : SPA D'Daun

Kursus Solekan & Terapi Kecantikan ini telah diadakan pada 21 & 22 Nov 2012 di Hotel Seri Warisan,Taiping Perak. Ianya disertai seramai 25 orang peserta dan usahawan yang rata-ratanya dari Bandar taiping dan Kamunting. Perunding yang dilantik untuk memberikan ceramah dan kursus ini adalah Pn Zalina Binti Ibrahim 7 Pn Razidah Binti Ahmad Senusi. Mereka berdua adalah daripada syarikat SPA D'Daun. Berikut dilampirkan beberapa gambar semasa berlangsungnya kursus terbabit.















11th International Entrepreneurship Forum 2012

Program ini dianjurkan oleh pihak Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk memperkenalkan produk-produk inovasi oleh usahawan bumiputera untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Program ini diadakan pada 3 hingga 5 Sept 2012 bertempat di PWTC. Lawatan usahawan MARA Negeri Perak dilakukan pada 4 Sept 2012 dan dihadiri oleh 30 orang usahawan dan beberapa pegawai MARA Negeri dan Daerah. MARA LMS telah menghantar 3 orang usahawan Daerah LMS untuk mengikuti lawatan tersebut.
















Sekian...


Kursus Kek & Pastri




Kursus Kek & Pastri 2012 telah diadakan pada 16 hingga 18 Julai 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat MARA Daerah Larut/Matang & Selama. Seramai 20 orang peserta telah menyertainya.Panel perunding yang dijemput untuk kursus ini ialah Chef Redza daripada Sweet Cherry Cake House, Pulau Pinang.


Iklan Kursus Keusahawanan Anjuran Pejabat MARA Daerah 
Larut/Matang & Selama

BIL
NAMA KURSUS
TARIKH PELAKSANAAN
1
KURSUS KEK & PASTRI
17 HINGGA 19 JULAI 2012
2
KURSUS SOLEKAN & TERAPI KECANTIKAN
21 & 22 NOVEMBER 2012
3
KURSUS EXCELLENT ENTREPRENEUR
DIBATALKAN








* Tertakluk kepada perubahan

Usahawan yang berminat untuk menyertai Kursus - Kursus Keusahawanan anjuran MARA hendaklah mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di Pejabat MARA Daerah LMS dan kembalikan  kepada Pejabat MARA Daerah Larut/Matang & Selama.
.......................................................................................
Untuk Maklumat Lanjut, hubungi :-

Pejabat MARA Daerah Larut/Matang & Selama
Lot 3B & 5B, Kedai Taiping Business Centre
Lorong Tupai 34000 Taiping Perak.
Tel    : 05 - 8091620 / 8091621
Faks : 05 - 8091622


Latar Belakang  
Aktiviti Latihan Keusahawanan menyediakan pakej untuk Bumiputera memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri‐ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing.

Program‐program di bawah latihan keusahawanan meliputi kursus, latihan, seminar, bengkel bagi input pendedahan, pengetahuan dan kemahiran di tahap pembudayaan keusahawanan,pewujudan usahawan serta peningkatan dan pengukuhan    yang dianjurkan oleh BahagianPembangunan Usahawan dan PUSMA Negeri serta dengan kerjasama agensi‐agensi kerajaan,swasta dan badan‐badan bukan kerajaan (NGO).

Komponen Program

Jenis ‐jenis aktiviti latihan yang dikendalikan di bahagikan kepada dua :

• Pewujudan Usahawan
• Peningkatan dan Pengukuhan Usahawan

Objektif & Strategi Program  

Objektif:
• Mengenalpasti bakat dan potensi peserta untuk menjadi usahawan berjaya.
• Peserta dapat mengemukakan rancangan tindakan untuk memulakan projek /
perniagaan / perusahaan.  

PROGRAM LATIHAN KEUSAHAWANAN 
• Menerapkan etika perniagaan yang progresif serta sikap positif bagi membolehkan
usahawan mengamalkannya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan                  
masing – masing.
• Memberikan pengetahuan pengurusan moden supaya para usahawan dapat
mengamalkanya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan ke arah mencapai matlamat
Wawasan 2020 dan boleh mengikuti perkembangan teknologi moden dan mampu
bersaing di pasaran terbuka.
Strategi:
• Mengadakan kursus‐kursus pembudayaan keusahawan untuk bakal‐bakal usahawan  
• Menganjurkan kursus  ‐  kursus pewujudan usahawan bagi membolehkan Bumiputera
memulakan perusahaan / perdagangan / perniagaan  
• Menyediakan kursus  ‐  kursus peningkatan untuk usahawan sedia ada bagi
membolehkan mereka menimba ilmu perniagaan supaya dapat memajukan perusahaan /
perdagangan yang dijalankan  
• Meningkatkan kemahiran para usahawan melalui pendedahan kepada perusahaan /
perdagangan  

Pewujudan Usahawan

MARA telah melaksanakan kursus untuk pewujudan usahawan semenjak 1976 lagi. Latihan
Pembentukan Usahawan (LPU) bertujuan untuk melahirkan usahawan yang mempunyai
wawasan diri dan berkualiti serta bijak dalam mencari peluang perniagaan yang berdaya maju.  
Sasaran Peserta

• Terbuka kepada Bumiputera yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan.
• Berusia antara 18 hingga 60 tahun dan berkelulusan sekurang‐kurangnya SPM.
Peningkatan dan Pengukuhan Usahawan
Kursus Peningkatan dan Pengukuhan yang dilaksanakan adalah bertujuan meningkatkan
pengetahuan serta kemahiran usahawan supaya menjadi lebih berdaya saing.  

Sasaran Peserta  

• Usahawan Bumiputera yang ingin meningkatkan perniagaan  
• Keutamaan diberi kepada bek




1 comment:

  1. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    ReplyDelete